
✨ SAMBUTAN MAAL HIJRAH SESI PETANG SKTSG 2025 ✨
???? Jumaat, 11 Julai 2025
???? Pukul 4.30 - 5.50 Petang
???? Dataran Nilam SKTSG
???? Anjuran Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab SKTSG
Antara objektif Sambutan Maal Hijrah diadakan ialah :
???? Meningkatkan kefahaman murid tentang peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dan kepentingannya dalam sejarah Islam.
???? Menyemai nilai murni seperti pengorbanan, keberanian, keimanan, dan kesabaran dalam kalangan murid.
???? Menggalakkan murid mencontohi akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.
???? Membina semangat hijrah dalam diri murid ke arah perubahan yang lebih baik dari segi sahsiah, disiplin dan amalan harian.
???? Memupuk rasa cinta dan bangga terhadap agama Islam, serta menghargai perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat.
???? Menjadikan sambutan Maal Hijrah sebagai wadah untuk mengukuhkan perpaduan dan semangat kerohanian di sekolah.
Diharapkan sambutan ini dapat menyemai semangat berhijrah dari sikap negatif kepada yang lebih positif dan menjadi pemangkin kepada pembentukan sahsiah murid yang beriman, berilmu dan berakhlak. ????????
✨ Membangun Ummah Madani ✨