• Main
  • News

???? MAJLIS PELANCARAN BULAN STEM SESI PETANG SKTSG 2025 ????

???? Jumaat, 20 Jun 2025
???? Pukul 4.50 - 5.50 Petang
???? Dataran Nilam SKTSG
???? Anjuran Panitia Sains & Panitia Matematik

Antara objektif / matlamat majlis pelancaran diadakan ialah :

✅ Meningkatkan minat murid terhadap subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui aktiviti yang menyeronokkan dan interaktif.
✅ Mendedahkan murid kepada konsep asas STEM dalam kehidupan seharian secara kreatif dan praktikal.
✅ Menggalakkan pemikiran kritis dan penyelesaian masalah dalam kalangan murid melalui aktiviti berasaskan inkuiri dan eksplorasi.
✅ Memupuk semangat ingin tahu, inovatif dan daya cipta sejak di bangku sekolah rendah.
✅ Menggalakkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam aktiviti pendidikan STEM murid.
✅ Menanam nilai kolaborasi dan kerja berpasukan dalam kalangan murid melalui projek dan pertandingan STEM.

Diharapkan semua murid SKTSG menjadi lebih bersemangat dan yakin untuk belajar Sains dan Matematik serta dapat mewujudkan budaya eksplorasi dan inovasi dalam kalangan murid dalam bidang STEM. ????

✨ STEM : Inspirasi Hari Ini, Kejayaan Hari Esok ✨