
✨ MAJLIS PERMATA BUDI, KENANGAN ABADI USTAZAH NIK ROSHAINI BINTI MOH ZAUDI ✨
???? Rabu, 28 Mei 2025
???? Pukul 5.00 - 5.50 Petang
???? Dataran Nilam SKTSG
SKTSG bakal kehilangan seorang ustazah yang berjiwa penyayang, amat disayangi oleh anak anak murid terutamanya murid tahun 2 iaitu Ustazah Nik Roshaini yang telah lulus pertukaran antara daerah pada 28 Mei 2025 yang lalu.
Untuk makluman semua, Ustazah Nik telah mengajar matapelajaran Pendidikan Islam selama 10 tahun di SKTSG bermula 26 Januari 2015 sehingga 28 Mei 2025.
Beliau akan meneruskan perkhidmatan di sekolah baru beliau iaitu SK Bukit Beruntung bermula 10 Jun 2025 nanti.
Kami warga SKTSG mengucapkan jutaan terima kasih atas segala khidmat bakti, curahan ilmu dan kasih sayang yang diberikan sepanjang berada di SKTSG. Semoga Ustazah Nik terus cemerlang mendidik anak anak bangsa di sekolah baharu nanti. ????????
Terima kasih Ustazah Nik Roshaini, jasamu tetap dikenang. ????